Masak asam ikan tenggiri
Bahan²nya:
4 ketul ikan tenggiri
1biji bawang besar(potong bulat)
3 ulas bawang putih(hiris )
1/2 inci halia(hiris)
2 ulas bawang merah(hiris)
1 biji cili merah( potong)
5 biji cili padi
perahan air asam jawa
Sedikit kicap manis
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis.
Cara membuat:
Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia,
Masak sampai layu. Selepas itu, masukkan perahan asam jawa. Jika mahu kuah banyak, tambah air.masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi.. Biarkan kuah didih sekejap selepas itu masukkan ikan.
Tambah garam dan sedikit kicap manis atau bahan perasa mengikut sukatan masing-masing.
Selamat mencuba.