• FREE Delivery for purchase above RM350 | Delivery Klang Valley DELIVERY AREA (CLICK HERE)
  • Penghantaran akan sedikit lewat disebabkan penutupan jalan sempena Asian Summit. Terima kasih atas kesabaran & kefahaman anda

Masak Lemak Telur Dadar

Masak Lemak Telur Dadar

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
4 biji cili padi
2 batang serai
1 asam keping
Daun kunyit
Santan
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
1 sudu kecil garam


CARA-CARA MEMASAK:

  1. Masukkan sedikit garam ke dalam telur dan kacau.

  2. Panaskan minyak dan goreng telur sehingga menjadi telur dadar. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.

  3. Tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi) hingga naik bau.

  4. Masukkan serai, santan dan air secukupnya. Kacau hingga sebati.

  5. Tambahkan asam keping, sedikit serbuk kunyit dan garam. Kacau lagi hingga sebati.

  6. Akhir sekali, masukkan telur dadar dan daun kunyit.

  7. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!





Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping