Telur Masak kurma

Telur Masak kurma
  • 6 biji telur
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma, bancuh dengan sedikit air
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 batang karot
  • 1-2 biji kentang
  • 1 keping kecil asam gelugor
  • 2 biji cili hijau atau merah
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 1 biji bawang besar, potong 6
  • 1 senduk minyak masak
  • daun ketumbar (optional)
  • bawang goreng (optional)

Bahan-bahan rempah tumis

    • 1 batang kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 4 biji buah pelaga

Bahan-bahan tumbuk kasar

    • 4 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia

Cara-cara memasak

  • Rebus telur sehinnga masak dan kupas kulitnya. Kelar sedikit di permukaan telur.
  • Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan rempah tumis dan bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan pes bancuhan rempah kurma dan masak sehingga sedikit garing dan pecah minyak. Boleh tambah sedikit air semasa dalam proses memasak rempah supaya tidak hangus.
  • Masukkan pula santan cair, telur, kentang, karot dan asam gelugor. Masak sehingga sayuran menjadi empuk dan lembut.
  • Setelah itu masukkan santan pekat, cili, bawang besar dan tomato. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat mengikut tahap selera anda. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar supaya lebih sedap.


Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping